Moga Hidup Ini Diberkati oleh ALLAH S.W.T...amin

Thursday, August 29, 2013

M.e.N.u M.e.N.J.a.D.i

Masa cuti raya ari tu tetiba teringin nk mkn paru sambal..
pastu pagi sabtu tu ajak mak gi nat (pasar sehari)
 bila barang semua da siap beli
terus masak 


PARU GORENG SAMBAL


BAHAN-BAHAN :

500 gm  paru lembu
1  biji bawang besar - dipotong nipis-nipis
Air asam jawa secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

10  biji cili kering - kalau nak pedas tambah la lagi
1 biji bawang besar (saya guna bwg besar sbb dia manis)
2 ulas bawang putih
1 inci halia 

CARA MEMASAK :
Bersihkan paru dan rebus bersama halia sehingga masak. 
Kemudian tos dan hiris nipis-nipis. Lepas tu goreng sehingga garing.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa.
 Kemudian masukkan garam dan bahan perasa.
Apabila bahan kisar dah garing masukkan gula.
Akhir sekali masukkan paru yang telah di goreng garing tadi...

~~ Selamat Mencuba ~~ 

Thursday, August 22, 2013

[ B.e.Z.D.a.Y B.o.Y ]

13 Syawal 1434 H 
genaplah anak mama 2 tahun
" MUHAMMAD RAIS WAFIUDDIN BIN MOHD RAZI "
Selamat Hari Lahir 

sambut skali ngan bezday amen
sessi potong kek
 MAMA doakan semoga anak mama ini menjadi anak SOLEH..
taat pada perintah ALLAH SWT dan baik pada MAMA dan ABAH

Sekejap jer masa berlalu..
pejam celik pejam celik WAFI dah masuk 2 tahun ikut bulan islam
rasa macam baru jer lahir..

Terima Kasih Ya ALLAH...Engkau kurniakan pada ku zuriat 
dan suami yang baik


semoga kebahagian yg dikecapi ini kekal hingga akhir hayat
dan hidup kami diberkati dan dirahmati olehMu Ya ALLAH..AMIN

Friday, August 16, 2013

[G.e.L.a.G.a.T W.a.F.i B.i.L.a N.a.K B.e.R.G.a.M.B.a.R]

Betul la orang kata susah nak amik gambar budak2..
tgk Wafi sudah lah..
memang mcm2 cara kena acan (usik) 
nak bagi duduk diam ngan tgk camera
kira amik gambar tu xpayah tunggu ready pakai snap jer
lepas tu baru pilih yang mana ok..
ni gambar selepas dipilih

 bila dah ada blog sendiri kira nak update jer la masuk N3
nak wat koleksi bagi penuh N3 ni
ni la gelagat Wafi bila nk amik gambar ngan dia