Moga Hidup Ini Diberkati oleh ALLAH S.W.T...amin

Tuesday, January 13, 2015

[B.A.B.Y R.A.I.S.H.A]

Setahun berlalu blog ni pun dah bersawang bukak2 tadi
tak sempat nak update...kononnya..hahaha
padahal malas nak update aritu..hehe

ok lah..mula2 nak citer tahun lepas 2014
lahirlah seorang puteri penambah seri keluarga ku

Nama : Nur Raisha Awfiyah Binti Mohd Razi
Tarikh Lahir : 22 September 2014
Jam Lahir : 00:00 am
Tempat Lahir : Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

{galeri Raisha}


~ Terima Kasih Ya Allah ~

Monday, November 11, 2013

[ B i L a R i N D u ]


Tetiba ari ni asa rindu plak kat My Hubby ni..mybe minggu lepas Dia tak balik kot..
"ADAKAH DIA PUN ASA BENDA YG SAMA...RINDU..."
Bila berjauhan camni....kalau rindu dengar suara & tgk gambar jer la..
Hidup berjauhan ni hati mudah sangat nak majuk...
bukan apa..masa majuk ni la nak minta dipujuk ngan manja2...
Bila hal kecik pun blh jadi besar kalau majuk..
Ditambah pula asa sedih sebab rindu...
Mula la pujuk hati sendri..masuk bilik teriak sorg2..
abis teriak ok la sendiri..nak suami pujuk dah jauh... :-(
Tapi sume ni dah biasa bagiku...masuk ni dah 3 tahun hidup berjauhan

Tak tahu la sampai bila akan berjauhan camni..
Tapi xpe lah mungkin ni masanya utk bermuhasabah diri..
Kena belajar berdikari..
Kena saling percaya mempercayai..
Kena selalu doa mendoakan..


Bila jauh2 macam ni doa yang amat penting...
Setiap solat kita jangan lupa doa tuk pasangan kita..
Moga jauh dari hasutan syaitan dan jauh dari ujian berat dlm perhubungan..

DOA TERHINDAR DARI BEBAN YANG BERAT
"Ya Tuhan kami janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat seperti mana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami,rahmatilah kami,Engkaulah Pelindung kami maka tolonglah kami menghadapi orang2 yang tidak beriman"


 Info dari : Bahtera Harmoni bersama Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah

~ Terima Kasih Ya Allah ~

Monday, October 07, 2013

[ C e P a T M a S a B e R L a L u ]



Cepat jer masa berlalu..
rasa macam baru jer bersalin kat Wafi..
tengok sekarang dah 2 tahun dah..
rindu plak masa wafi kecik2 dulu..


dulu masa Wafi kecik..nak Wafi cepat besar
senang nak mandikan la..
nak tengok wafi jalan la..
ni bila dah boleh jalan makin aktif la plak..
kekadang bila xlarat asa nak marah jer klu buas sangat..
tapi besa la budak2 kan..
tambah bila jumpa geng..
lagi menjadi la..
ni lah geng Wafi 

amen..Wafi punya cousin
ni gambar amen masa kecik..
sekarang amen dah 3 tahun..beza setahun dari Wafi


macam2 aktiviti depa dua ni klu berjumpa..
xkira umah orang ka..umah sendiri ke..
abis tunggang langgang depa main..
benda bukan mainan pun depa boleh jadikan mainan..




abis sepah rumah mak tok klu depa ni ada....




dalam surau pun jadi keje klu berdua..



~ Terima Kasih Ya Allah ~

Friday, October 04, 2013

[ P a S a n G a N H u J u n G M i n G G u ]

>> Semanis Kurma 04 10 2013 <<
"PASANGAN HUJUNG MINGGU"
-WEEKEND HUSBAND-

Tajuk semanis kurma semalam sangat menarik
tapi sayangnya lupa plak aku nak tengok
konon remind kat FB..tapi boleh lupa jugak nak tgk..huhu
Pagi ni bila ingat terus search Utube kot dah kuar video ni
tengok2 belum lagi..:(
rasa rugi sangat tak dapat tgk..
nak tengok apa soalan yang dibincang..
kot2 ada tip yang boleh dijadikan panduan..



[ C e R i T a K u ]
Alhamdulillah.....
Aku bersyukur sangat padaMu Ya Allah..
Walaupun berjauhan kami tetap erat dan bertambah sayang..
Masuk tahun ini 2013..dah 3 tahun aku berkahwin
dan 3 tahun jugaklah kami menjadi pasangan hujung minggu "Weekend Husband/Wife"
bila berjauhan teknologi lah menjadi perantaraan kami....ceewah!!!!
mentang-mentanglah orang IT bercakap pasal teknologi plak..tapi betul
macam2 teknologi boleh guna..hehehe


 Aku kawen 12/09/2010..seminggu jer kami dduk sama2..
lepas tu kembali berjauhan..Husband di Penang.. Aku di Kuala Terengganu
Bila hujung minggu baru bertemu..tapi bila jarak agak jauh sebulan sekali lah baru ketemu..:(
tapi sekarang jarak dah tak jauh..tiap2 minggu boleh berjumpa
sekarang aku kat Perlis..Husband masih di Penang..
keadaan pun dah jadi normal..dah jadi biasa hidup jauh2 macam ni
semakin bertambah rasa rindu dan sayang..


Kalau ada yang tanya tak teringin ke nak hidup serumah..
jawapan aku..sape yang tak nak..mesti la nak..
nak ada rumah sendri..
nak hidup seharian sama2..
tapi mungkin belum masanya tuk kami..


 Pada 12/09/2011..anniversary kami yang pertama
Lahirlah pengikat kasih sayang kami..
"Muhammad Rais Wafiuddin"






Kalau hidup berjauhan macamni..
kita kena perbanyakkan aktiviti bersama..
moga dengan ini dapat eratkan lagi perhubungan ini..





Pasangan yang senasib denganku, marilah kita  berdoa bersama2 semoga Allah tabahkan hati kita  dan kuatkan iman kita. Semoga kita dapat melawan segala godaan syaitan dan nafsu. Semoga jarak jauh perhubungan menjadikan kita suami isteri lebih saling menghargai dan menyayangi.

"kekalkanlah kebahagian yang kami kecapi ini sehingga ke Jannah Ya Allah..amin"



~ Terima Kasih Ya Allah ~

Thursday, September 19, 2013

<< Percutian 5 hari Di Penang >>

@ Nandos Queensbay Mall

Percutian yang tidak dirancang..
asal tu aku nak amik cuti tuk celebrate bezday boy & my anniversary.
Pastu kebetulan plak cuti panjang terus jadi percutian keluarga la..:)
Mak Ayah yang asalnya nak gi ke Pahang tak jadi, tukar rancangan ke Penang..
@ Persiaran Queensbay Mall

Masa ni baru balik dari Telok Kumbar, gi umah yana..
Balik tu Wafi ajak singgah "Lait" (laut)  kata Wafi..
Abah dia keje..kami berdua jer la.. 

 @ Taman Rama-Rama

@ Taman Rama-Rama
@ Taman Rama-Rama

 @ Pantai Batu Ferringhi

 @ Pantai Batu Ferringhi


 Anak Mama

Sonok Wafi dapat main pasir

 @ Pantai Batu Ferringhi

 Bila dapat main pasir macam ni la..abih naik atas kepala

teruja tengok Iguana besar sangat

 semangat anak mama bawa pelampung..
bila turun dalam air takut..teriak nak naik atas..:)

rama-rama yang cantik

terteleng-teleng tgk rama-rama di frame kan..:)

wafi with abah..

Tumpang sekaki

Puas dapat mandi pantai


 @ Queensbay Mall
Habis sudah cerita pasal cuti 5 hari di Penang..
"Terima Kasih Ya Allah..."