Moga Hidup Ini Diberkati oleh ALLAH S.W.T...amin

Friday, July 02, 2010

{ C.i.n.T.a....N.o.V.e.L }

Dah lama tak update blog ni..bukan per ketandusan idea..huhu.tapi tetiba terpikir nk citer pasal hobi plak..blog sendiri..hehe..pape pn leh kiter coretkan
(nk berpuitis plak)..
Setiap insan mempunyai hobi..masing2 ada minat yg t'sendiri..saya pn der gak hobi..hobinyer sama jer cam manusia lain..xla hobi pelik2...hobi ku baca novel n kumpul novel..hehe
Memang der cita-cita nak jadi penulis...tapi tangan xkreatif nk menulis..huhu...sebab tu teringin nk wt blog..sekurang2nyer leh blajo nulis lam ni..hehehe

ok la..xnk merapu banyak2..kiter kembali pada tajuk utama..

"CINTA NOVEL"


Inilah hobi ku....PEMINAT NOVEL la katakan...gambar ni masa pesta buku kt PWTC..dapat la jumpa ngn novelis kesayangan..
Asal minat ku bermula dengan novel PERLABUHAN KASIH...novel ni best sangat..citer happy ending...baca la..ni novelnyer :

Sinopsis : PELABUHAN KASIH
Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.
Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!
Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.
Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.
Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora.

Itulah serba sedikit sinopsis novel pertama yg ku baca..selepas baca novel tu lah ku jadi minat pada novel..bila dah minat mula r beli novel plak..dulu setiap bulan mesti beli novel.sebulan 1 novel..tapi sekarang dah jarang beli novel..huhu
"Koleksi Novel Ku..."
 
"Koleksi gambar ngan novelis.."
>>ni ngan DAMYA HANNA, novelis BICARA HATI, SEPI TANPA CINTA dan banyak lai...

>>ni plak ALEYA ANEESA, novelis SEMUSIM RINDU

>>RAMLEE AWANG MURSHID...novelis thriller no. 1 malaysia..novel yg paling bezz BAGAIKAN PUTERI sambungannyer CINTA SANG RATU dan sambungan terakhir HIJAB SANG PENCINTA...inilah novelis yg paling diminati..novelnyer memang bezz la..
>>novelis AISYA SOFEA, penulis novel ADAM & HAWA, JENDELA HATI, SEHANGAT ASMARA dan macam2 lai..yg ter baru BUATMU KEKASIH...


>>ANIS AYUNI..novelis BAYANGAN RINDU, MANISNYA CINTA dan banyak lai...


"Gambar kenangan..."