Moga Hidup Ini Diberkati oleh ALLAH S.W.T...amin

Monday, October 17, 2011

[anak mama dan abah]

~~anak mama dan abah~~

Nama : Muhammad Rais Wafiuddin bin Mohd Razi
Tarikh Lahir : 12 September 2011

Jam : 2.50 p.m

Tempat Lahir : Hospital Tunku Fauziah Kangar, Perlis.
Berat : 3.0 kg
Tinggi : 53 cm


[K.E.N.A.N.G.A.N]

~~kenangan dlm wad SCN~~

~~abah cukur rambut~~

~~rambut dah cukur~~

~~chaq belah mulut~~

Thursday, September 22, 2011

[Lambang Cinta]

Lama x update blog..maklumlah bz skit ari tu..skrg dalam pantang boleh la abiskan masa ngan menaip..hehe
macam2 nk citer..tapi citer yg paling sensasi adalah kelahiran putraku..


{gambo putraku baru kuar dari blk operation}

alhamdulillah semuanya selamat..walaupun bersalin operate..
tanggal 12 sept 2011 jadi kenangan buat suamiku..2 kejadian berlaku serentak..
mana dgn nk pk isteri dlm blk operation pastu umah mak plak terbakar..
tapi bersyukur semuanye selamat..


[B.e.z.d.a.y]

{gambo bezday kek hadiah dari my lovely husband}

Wednesday, June 01, 2011

[t.i.n.g.g.a.l...3...b.u.l.a.n....l.a.g.i]

Sekarang dah masuk 6 bulan kandungan ku. Baby pun dah mula gerak2..asa epy sgt.xsabo nk tgu ank mama ni lahir. Hujung minggu ni, my love blk kg. Cadang2 tu nk gi beli barang keperluan baby. Macam2 nk kena beli...pakaian,set tidur,mandian,barang penyusuan dan sebagainya.

Kat sini nk kongsi skit senarai barang yg diperlukan :

1. Pakaian :
-Baju lengan panjang / pendek = 5 helai pun da cukup (budak2 cepat membesar)
-Seluar panjang / pendek = 5 helai
-Sarung tangan / kaki
-Barut bayi (amik yang tali kkuh skit)
-Topi
-Kain Lampin
-Diapers for newborn
-Tuala mandi
-Sapu tangan
-Beg baju bayi

2. Set tidur :
-Tilam / bantal
-Selimut (amik yang der ttup kt kepala)
-Sarung tilam / bantal (klu diperlukan)
-Kelambu

3. Mandian :
-Sabun baby
-Syampoo baby
-Bedak baby
-Minyak baby
-Losyen baby
-Tab mandi
-Sikat
-Putik kapas
-Tisu lembab
-Tisu tandas

4.Penyusuan :
-Botol susu (cari yang BPA FREE)
-Puting
-Berus botol susu
-Bekas simpan botol
-Termos air panas

5. Keperluan lain :
-Minyak yuyi
-Minyak telon
-Pemotong kuku

Serba sedikit senarai barang keperluan baby. Klu masih der lagi barang yang tertinggal boleh topup nanti..

Friday, May 20, 2011

[ Set Bersalin HPA ]

[ RM 85.00]

8 PRODUK BERMUTU DALAM 1

Set bersalin adalah ramuan yang lengkap khusus untuk wanita yang baru melahirkan anak. Set ini dirumus khas untuk khasiat seperti berikut:-

1. Mengelakkan masalah kebas kaki dan tangan. Keadaan ini berlaku oleh pendarahan yang banyak semasa melahirkan anak sehingga tubuh badan menjadi sejuk.

2. Mempercepatkan kesembuhan dan merawat luka dan pendarahan semasa melahirkan anak.

3. Mengembalikan kekuatan yang hilang akibat pendarahan semasa melahirkan anak.

4. Mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada keadaan yang normal.

5. Menghilangkan sakit batu meriyan.

6. Membantu untuk mengeluarkan angin dalam badan.

7. Membantu melawaskan pembuangan air besar.

8. Mengatasi masalah bayi kembung perut, senak dll.

Set bersalin mengandungi:-

Minyak Barut (2 unit).
Gunakan minyak ini untuk mengelakkan kemasukan angin. Sapukan pada seluruh tubuh terutama di perut serta sendi-sendi yang lenguh.

Minyak Bayi (2 unit).
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam. Sapukan pada perut dan dada.

Teh Herba (1 unit).
Minuman berherba yang bertindak sabagai penyembuh luka dalam dan juga berkhasiat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran.

Ubat Periuk (4 bunjut X 12 hari).
Rebus 1 bunjut bersama dengan 600ml air dengan api yang perlahan sehingga mendidih. Minum 1 cawan teh untuk 2 kali sehari pada pagi dan petang. Satu bungkus boleh diminum selama 3 hari.

Kapsul Wanita A & B.
Diambil selepas meminum ubat periuk. Amalkan satu kapsul A dan satu kapsul B setiap malam.

Ubat Basuh (Kegunaan Luar).
Rebus ubat ini dengan air melebihi sukatan herba yang sedia ada dengan api yang perlahan. Basuh di kawasan peranakan setiap pagi selama satu minggu selepas hari ke-40 selepas bersalin.

Spirulina.
Digunakan untuk menghindari sembelit, memperbaiki penghadaman dan penyerapan. Spirulina juga bertindak sebagai pencuci kolon dan sekaligus mengeluarkan keracunan dalam badan. Selain itu, spirulina juga memberi tenaga. Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam selepas makan.

[ Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung ]


Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

[ Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung? ]

  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Monday, February 14, 2011

[Panduan . Pemakanan . Ibu . Mengandung]

Bila sudah mengandung ni banyak benda kena jaga terutama pemakanan..dulu masa xpregnant makan x teratur..makan pun ikut suka jer..ni bila dah pregnant susah nk displinkan diri..tap kena paksakan diri gak..hehe Masa tengah search tenet terjumpalah

"Panduan Pemakanan Ibu Mengandung"
[sumber dari Srikand
i Mama]
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Monday, January 31, 2011

[Kongsi Petua]

Mula2 igt dmam..tapi boley dikatakan setiap mlm badan jadi panas.. rupanya memang selalu terjadi bagi ibu mengandung.. ini kerana kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan...

Kat sini der skit petua untuk mengurangkan kepanasan :


  • Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
  • Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, just buah dan sebagainya.
  • Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
  • Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
  • Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.
Marilah kiter sama2 mencuba petua ini. Tima Kasih kepada yang memberi petua ini....
Moga2 panas badan setiap mlm dpt berkurangan..amin


[Amalan Semasa Mengandung]

Amalkan zikir2 dan surah2 yang terpilih semasa mengandung :

  1. Surah Yusuf - untuk anak cantik akhlak dan rupa.
  2. Surah Maryam - untuk mudah bersalin.
  3. Surah Luqman - untuk anak cerdik.
  4. Surah Yassin - untuk anak tidak terpengaruh dengan maksiat.
  5. Surah al-Hujurat - untuk membanyakkan susu.

[P.e.n.a.n.t.i.a.N]

Penantian yang menggembirakan..walaupun lama, ku sabar menanti...hehe
eemm...bersyukur sgt..
tima kasih abg...kiter sama2 menanti yer..
moga semua slamat kehendakNya..amin

Bila kiter harunginye baru kiter tau betapa kuat dugaannyer... tapi aku bersyukur
sgt sbb aku xlah teruk sgt alahnye..

Pasal tringin nk mkn mcm2 tu der la jgak..

"tima kasih sbb abg da tunaikan per yang syg tringin.."
cuma 1 jer lum dpt...
susah nk cari..
iaitu buah delima..susah nk cari, xsemua tempat der jual..


....PeNanTiaN YanG SanGaT BerMakNa....

Monday, January 24, 2011

[a.n.a.k.....b.u.a.h.k.u]














 

Ini la anak buah ku...namanye Ahmed El-Badawy El-Ameen..dilahirkan kat mesir sbb tu nama pn ala-ala arab...skrg da blk mesir,rindu plak asa..huhu Taun ni balik la plak..smbt raya kt cni..leh mak long tgk ameen pkai bju melayu..hehe.. waktu tu ameen mesti da setaun..ntah da xmau kt mak long..da lama xjmpa..huhu

 












kat cni mak long der wt koleksi gambo tuk ameen....





















>>ameen ngan chaq n mak tok













>>ameen ngan mama














>>ameen ngan babah n mama