Moga Hidup Ini Diberkati oleh ALLAH S.W.T...amin

Wednesday, March 14, 2012

[R.AH.S.I.A. .T.I.D.U.R. .A.N.A.K]


Sebelum anak anda melabuhkan tubuh di atas katil di malam hari, dia seharusnya diajar tentang beberapa panduan atau adab penting sebelum melelapkan mata. Tidur yang sempurna bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh ketika bangun tidur keesokan harinya, malah turut membantu dia menjadi seorang yang berakhlak mulia.

Berikut adalah antara adab tidur yang perlu diamalkan bagi membantu anak kecil anda memperoleh keberkatan hidup sepanjang hayatnya :-

1. Wudhu

Rutin biasa yang biasa diajar oleh kebanyakan ibu bapa sebelum membenarkan anak masuk tidur ialah membersihkan diri dengan menggosok gigi dan membasuh kaki. Namun, ada baiknya jika anak anda turut dididik sejak kecil untuk mengambil wudhu sebelum tidur. Apabila anggota tubuh bersih, insya-ALLAH tidurnya lebih lena tanpa sebarang gangguan.

2. Berdoa

Ibu bapa perlu mengajar anak membaca surah-surah lazim seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sebelum baginda tidur. Antara surah-surahnya ialah Al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas, Al-Falaq dan lain-lain. Selain itu ajar dia membaca doa sebelum tidur. Tujuan utama amalan penting sebegini ialah untuk menjauhi dia daripada gangguan syaitan sewaktu tidur.

3. Baca buku

Mengikut ramai pakar motivasi, masa tidur adalah waktu yang paling untuk ibu bapa mendekati anak. Ini dapat dilakukan dengan membacakan buku-buku cerita teladan. Daripada situ, gunakan kreativiti tersendiri untuk menonjolkan mesej-mesej baik daripada cerita berkenaan agar ia dapat dijadikan tonggak hidup si kecil.

4. Bisikkan doa

Ibu bapa digalakkan untuk berdoa ketika anak hampir melelapkan mata. Amalan ini penting kerana dipercayai ketika ini sebagai antara waktu-waktu doa mudah dimakbulkan. Sambil berdoa, usap ubun di kepala anak anda dan ramas lembut jari-jarinya.

5. Ungkapkan sayang

Ketika anak dalam keadaan ?tidur-tidur ayam?, dengan sepenuh hati katakan anda sayang kepada si manja. Selain itu, luahkan apa sahaja pujian-pujian agar dia tahu anda sentiasa menyayangi dirinya. Ketika manusia dalam keadaan ?tidur-tidur ayam? otak kanan masih bekerja. Jadi, apa sahaja yang anda perkatakan, ia akan melekat di minda si cilik.

6. Posisi

Posisi tidur yang baik seperti saranan Rasulullah adalah tidur di sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan). Sementara itu, posisi yang paling perlu dihindari ialah tidur dalam keadaan meniarap.

7. Mohon maaf

Jika sebelum si kecil tidur, anda tanpa sengaja memarahinya, ambil peluang sebelum dia melelapkan mata untuk meminta maaf. Jadikan amalkan untuk kedua-dua pihak saling memohon maaf antara satu sama lain. Tidur tanpa meminta maaf dan memaafkan akan menyebabkan dendam itu tersimpan di otak kiri dan dikhuatiri ia boleh menjejaskan peribadi anak anda di kemudian hari.

8. Ciuman

Janganlah membiarkan anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan dia untuk bersalam dan mencium anda sebelum lena. Cara sebegini bukan sahaja dapat dijadikan simbol anda sayangkannya malah turut membantu di tidur dengan nyenyak kerana dia tahu anda sentiasa berada di sisinya.

9. Doa

Sesudah bangun tidur, si anak hendaklah diasuh untuk sentiasa membaca doa. Amalan ini dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat yang negatif. Malah, dengan cara sedemikian, ia dapat membersihkan hati kesayangan anda itu daripada perasaan yang tidak baik.

Monday, February 27, 2012

[Panduan Pemilihan Susu Tepung]

-"kerisauan mama wafi"-Bila anak dah semakin membesar menjadi cabaran pula tuk para ibu memilih susu tepung yang terbaik tuk anak2 mereka termasuklah mama wafi ni..huuu
kekadang asa risau bila fikir susu apa yg terbaik tuk ank tambah dengan pengaruh media massa sekarang ni yg menyentuh tentang gula tambahan di dalam susu tepung kanak-kanak.
eemm..bila search kt tenet macam2 plak pendapat, pening gak kpala ni bila fikir2 kan..xtau nk wt pilihan susu mana yg ok..da yg kata susu tampa gula tambahan bagus tuk perkembangan kanak2..dan ada plak yg kata susu yg kurang gula xtahan lama dan mgkn akan masuk bahan tahan lama plak tuk lambatkan expired nyer..pening..pening..pening..

Bila dapat info baru asa cam nak kongsi ngan ibu-ibu yg isau pasal susu tepung tanpa gula tambahan..so kt cni der serba sedikit panduan tuk detect kandungan gula tambahan lam susu tepung :

  • semak label karbohidrat pada susu tepung, kandungan normal adalah 11-12g. jika lebih memang mengandungi gula tambahan.
  • ingredient yang termasuk dalam gula tambahan adalah sucrose, corn syrup solids, glucose syrup and etc.
  • cara paling mudah nak tau kandungan gula dlm susu ank kiter adalah ngan rasa susu tersebut.jika manis bermakna mengandungi gula tambahan..
untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang :-
http://www.semakgula.com.my/about.aspx

eemm..bila dah dapat maklumat camni ati mama wafi tetap xtau susu apa yg menjadi pilihan dihati..huhu..ada sesape nk beri pendapat...?????? dialu-alukan